Sunday 25 December 2011

Hangat-Hangat Tahi Ayam

Hmm..baru mula bukak blog tapi tak update..adakah aku hangat-hangat tahi ayam??

Tak jugak..macam-macam benda nak tulis tapi masa memang tak mengizinkan.  Sibuk hal kerja dan keluarga sampai nak bukak laptop pun susah.  Kalau ada pun juz baca blog orang lain dan jugak layan FB.

Aku pun sibuk jugak dengan urusan jual-beli rumah aku yang aku tak jadi nak duduk yang memang sukar dan kompleks untuk aku fahami yang memakan ruang memori dan fikiran otak aku sampai aku x berdaya nak menulis blog.  Ternyatalah bangsa aku ni termasuk aku sendiri memang naif tentang urusan jual beli hartanah ni kalau nak dibandingkan dengan bangsa 'lagi satu' tu.

Macam-macam lapisan masyarakat yang aku jumpa sekarang ni yang memang menginsafkan aku.  Aku akan kongsi dengan korang nanti.  Insyallah.

Mungkin berguna untuk ahlul-ahlul politik terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO untuk lebih memahami denyut nadi rakyat bawahan.  Jangan asyik kejar projek dan jawatan tapi matlamat mensejahterakan rakyat tersasar!

Banyak lagi rakyat bangsa melayu yang perlukan perhatian dan bimbingan.  Orang-orang melayu yang makan gaji x seberapa,  pakai kereta buruk, tak mampu beli rumah tersangatlah ramainya.  Nanti aku kongsikan.

Friday 23 September 2011

Huk Aloh! Bebalnya Pemikiran Penyokong Pembangkang!

Aku terbaca posting kat blog favourite aku iaitu blog gergasi Parpukari.  Nampaknya memang penyokong pembangkang ni dah bebal.  Semua nak salahkan UMNO.  Kalau boleh anak dia jatuh longkang pun akan disalahkan UMNO sebab UMNO yang buat longkang tu.

Kelakar lah wehhh.  Hampir nak berguling aku gelak.  Macamana agaknya kalau pembangkang dah jadi kerajaan nanti ye?  Kalau apa-apa masalah mesti UMNO juga yang kena.  Mintak dijauhkan la puak ni jadi kerajaan.

Sila baca posting Parpukari tu kat bawah ni : -

Aku jumpa satu mamat ni, bebal nak mampos! Dia punya taksub kat Pakatan Rakyat, membuatkan matanya jadi buta dan kepalanya tersumbat. Puas bertekak-tekak dengan aku. Kalau tengok dengan cara dia pakai celak, mengalahkan mata pelakon Tamil terkenal Sivaji. Ketayap putih atas kepala pula, mengalahkan topi perang Salehuddin Al-Ayubi dalam Kingdom of Heaven. Tapi bila dengar suaranya, macam orang tak beriman.

Aku yang paling tak boleh terima dek akal bila dia kata, Nik Aziz ni sebenarnya agen UMNO dalam PAS. Nik Aziz dah tahu, DAP akan tentang perlaksanaan atau mana-mana cakap tentang hudud, tapi Nik Aziz tetap cakap juga sebab bila dia cakap, keuntungannya akan pergi kepada UMNO. Nik Aziz tahu, PAS tanpa DAP mana boleh hidup.

Dia mula kaitkan teori-teori bangang TULANG BESI. Dalam hati aku, dia ni pengikut TULANG BESI rupa-rupanya. Katanya, Nik Aziz takkanlah tak nampak lagi macam mana fungsi Pakatan Rakyat membolehkan PAS merasai kuasa yang selama ini diorang buru. Tanpa bantuan DAP, PAS hanyalah parti cebisan pinggiran yang serba memualkan dan menjumudkan.

Minta maaf cakaplah... walaupun aku tak pernah berminat dengan Nik Aziz, tapi aku rasa macam nak tempeleng saja kepala mamat ini. Jadah apa dia menghina Nik Aziz sebegitu rupa. Orang tua itu sanggup sesat barat dan menyesatkan ramai manusia semata-mata untuk PAS, alih-alih datang mangkuk harami ni kata Nik Aziz planted UMNO.

Nasib baiklah di khalayak ramai saja membuatkan aku terpaksa tahan sabar. Kalau aku berdua saja dengan dia, mungkin ada orang makan nasi ikut tiub, esok pagi.

Nik Aziz planted UMNO dalam PAS? Hanya sebab Nik Aziz cakap, PAS Kelantan nak laksanakan hudud dan tidak disenangi DAP?

Nampak gayanya PAS memang telah dijajah teruk oleh DAP!!! Lagi mau cakap besar ka?

Thursday 22 September 2011

Trending Topic Datin Seri Rosmah Popular Di Twitter!

Salam,

Hari ni seperti biasa aku dok layan twitter.  Tiba-tiba kawan aku RT satu trending topic yang agak hangat pada hari ini.

Trending topic tersebut ialah #gantitajukfilemdenganrosmah yang mana korang boleh gantikan apa-apa tajuk filem dengan nama 'Rosmah'.

Lawak tu memang lawak tapi ada juga 'twit' yang agak keterlaluan.  Aku terfikir juga kenapa isteri bekas Perdana Menteri kita yang lepas-lepas tak pernah jadi sasaran cemuhan sampai macam ni sekali.  Seriously aku sendiri rasa Datin Seri Rosmah tidaklah sejahat seperti yang digambarkan pembangkang tapi sebagai manusia biasa yang mempunyai tahap pemikiran persepsi tersendiri aku berasa sedikit rimas juga bila Datin Seri Rosmah ni selalu keluar Buletin Utama tanpa ada nilai berita yang bermutu.

Ada sekali tu,  Datin Seri Rosmah solat tasbih pun masuk Buletin Utama dengan telekung merah jambunya!

Kalau aku sebagai penyokong tegar kerajaan pun rasa rimas korang pikir lah sendiri kalau bagi orang yang memang dah 'tune' kepala sokong pembangkang.  Persepsi rakyat kena jaga beb.  Ingat lagi zaman Pak Lah bila persepsi buruk KHAIRY JAMALUDDIN sentiasa dimainkan akibat Khairy yang gila publisiti?  Apa jadi pada BN masa tu?  Nyaris terlingkup beb!

Aku bukan bermusuh pada Datin Seri Rosmah tapi sendiri mau ingat la.  Aku sayangkan BN lebih daripada Rosmah Mansor.  Kesian kat Dato Seri Najib,  terpekik terlolong menjaga negara.  Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata!  Korang tengok sendiri gambar kat bawah ni.


Sunday 18 September 2011

Suara Rakyat Vs Suara Pembangkang

Salam,

Lambat sikit nak komen pasal pemansuhan ISA oleh PM kita baru-baru ini.

Sebagai rakyat biasa yang tidak pernah langsung berniat membuat onar dan kekacauan di muka bumi Malaysia ini,  sudah tentu aku terpinga-pinga dengan pengumuman PM kita sempena Hari Malaysia tempoh hari.

Aku tak faham bila PM kata dia nak jadikan Malaysia sebuah negara demokrasi terbaik.  Apa tak cukup demokrasi ke Malaysia selama ni?  Bagi aku,  biarlah negara kita ni separuh demokrasi atau 90% demokrasi sebab bagi aku sistem demokrasi ini adalah satu sistem ciptaan manusia yang penuh cacat dan cela.  Yang penting negara kita selamat dan maju.

Bagi seorang rakyat yang sememangnya tidak berniat nak buat kacau,  memang kita tak pernah peduli pun pasal ISA ni betul tak?  Aku dengar ramai yang komplen daripada yang setuju.

So aku terpikir,  betulkah pemansuhan ISA ini mengikut suara rakyat,  bukannya suara pembangkang?  Setuju tak bila aku cakap PM kita keliru antara "suara rakyat" dan "suara pembangkang"??

PM pulak cakap akan ada akta baru yang bakal diperkenalkan untuk membendung keganasan.  Tapi aku tak ingat dalam ucapan PM tu,  beliau ada menyebut pasal "isu sensitif".  Keganasan tu satu hal,  tapi macam mana pulak dengan malaun-malaun yang asyik dok berani sentuh pasal isu-isu orang melayu dan agama Islam?

Apa-apa pun aku harap akta baru yang nak gantikan ISA ni lebih baik dan mampu untuk menakutkan para pembuat kacau di negara kita setanding dengan ISA.

-PrinceOfIpoh-

Thursday 15 September 2011

Ipoh Mali Talak Sombong!

Salam..

Aku lupa nak cakap,  kenapa aku letak nama aku as Prince Of Ipoh.

Aku dilahirkan di Ipoh,  bersekolah di Ipoh dari sekolah rendah hingga la menengah.  Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan (IPTA) di Lembah Klang.

Aku ni sayangkan Ipoh ni.  Maklumlah tempat aku membesar.  Keluarga, kawan-kawan pun banyak kat Ipoh.  So lepas aku abes study,  aku cuba juga cari kerja di Ipoh walaupun awek aku (sekarang isteri) berada di Kuala Lumpur.

Amatlah sedih,  sebab di Ipoh memang boleh dikatakan tidak ada peluang pekerjaan untuk aku. Cari punya cari akhirnya aku jumpa juga kerja di Ipoh kat syarikat kecil.  Aku terima juga walaupun gajinya alahai...memang bawah taraf.  Sebab aku nak kerja di Ipoh juga,  aku belasah je.

Bila dah kerja kat situ,  aku mula dah rasa sesak.  Yerlah,  sebagai insan biasa,  aku pun ada impian nak kahwin,  beli kereta dan beli rumah.  Dengan gaji aku sebanyak tu,  macam mustahil aku nak dapat semua tu. Masa tu boleh lah tahan sebab aku tinggal kat rumah bapak aku.

Aku pun terfikir,  macam mana agaknya orang-orang Ipoh boleh buat harta di Ipoh sedangkan gaji standard di Ipoh amatlah rendah.  Lama-lama bila aku renungkan balik,  ramai orang Ipoh,  terutamanya melayu bekerja di sektor kerajaan/awam.  Parents kawan-kawan aku banyak yang kerja sebagai guru dan juga pegawai kerajaan.

Kawan-kawan sebaya aku sendiri kalau tidak kerja kerajaan,  kerja di sektor perbankan dan juga kilang-kilang semi-konduktor di sekitar Ipoh.

Kemudian aku bandingkan dengan situasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.  Kawan-kawan seuniversiti aku dulu banyak yang kerja di syarikat-syarikat swasta yang besar-besar macam Shell,  HP, HSBC, Axxon Mobil dan macam-macam lagi.

Hmmm..aku semak kepala fikir,  kenapa tak ada syarikat-syarikat besar macam ni di Ipoh ye?  Lama-lama aku ambil keputusan,  aku kena berhijrah ke KL.  KL yang memang sedia sesak itu bertambah satu lagi penghuninya iaitu AKU.  Alhamdulillah aku dapat kerja di KL dengan gaji hampir 3 kali ganda gaji aku di Ipoh pada masa itu.

Masa aku kerja di KL,  rupa-rupanya komuniti org Ipoh/Perak di KL ni memang besar.  Sangat ramai orang Ipoh/Perak kat KL ni.  Petanda bahawa Ipoh/Perak kekurangan aktiviti ekonomi.

Banyak juga orang Ipoh yang memendam perasaan nak balik ke Ipoh untuk bekerja namun apakan daya,  apa yang kitorang boleh buat kat Ipoh tu.  Perasaan itu akhirnya dipendam dan sudahnya kerajaan disalahkan atas hal ini.

Apa kerajaan negeri Perak buat untuk bangunkan ekonomi dan sediakan peluang pekerjaan setimpal untuk rakyatnya?  Kami orang-orang Perak di KL ni masih lagi balik mengundi di Ipoh yop!  So,  as a result,  BN Perak kalah semasa PRU-12 tempoh hari!

Tak payah nak salahkan cina, komunis atau DAP,  cari salah sendiri yop!  Setakat jadi kerajaan, sibuk dengan benda-benda yang tak bermanfaat,  memang ko kalah laa!

Lepas BN berjaya "merampas" kembali Perak dari tangan pakatan jahanam pembangkang,  aku tengok DS Zambry macam calon yang agak bagus untuk mengetuai kerajaan negeri.  Beliau pun masih muda,  pernah pula memegang jawatan exco Sains Dan Teknologi masa zaman DS Tajol Rosli dulu.  By right,  mesti banyak idea dan kreatif dalam merencana ekonomi di Perak.

Sekarang sudah beberapa tahun berlalu, aku masih tak nampak perubahan.  Graduan-graduan baru yang berasal dari Perak masih lagi menyesakkan diri di KL ni.  Tak ada juga iklan-iklan kerja untuk graduan-graduan kelihatan di JobsMalaysia mahupun di Jobstreet.com.

Bila aku sembang dengan pemuda UMNO kat Ipoh tu,  tak ada benda lain,  asyik sembang pasal projek.  Kereta pun besar, hidup mewah walaupun jadi Ketua Pemuda tak ada gaji. Tak sedar ke yang Ipoh dah tak ada pemuda?  Pemuda pemudi banyak yang berhijrah, siapa pulak nak jadi pemuda UMNO yop oii?

Aku cabar kerajaan negeri sekarang ini, ada kan inisiatif memanggil semula pekerja-pekerja profesional yang berasal dari Perak di KL balik ke Perak untuk bekerja.  Dengan syarat kerajaan negeri berupaya memanggil pelabur-pelabur,  syarikat-syarikat besar supaya beroperasi di Perak.

Lepas tu tak payah susah-susah jaja isu Mat Sabu,  aku gerenti BN boleh menang besar kat Perak!

-PrinceOfIpoh-

Wednesday 14 September 2011

Salam Permulaan

Salam semua.  Dulu aku dan member aku pernah ada blog.  Pernah la meletup sekali blog kitorang. Sampai akhirnya atas sebab-sebab tertentu kitorang terpaksa tutup blog kitorang.  Biasa la,  kitorang takde back up besar.

Tujuan aku buat blog ni tak lain tak bukan nak luahkan pendapat/perasaan aku pasal situasi negara kita sekarang ni.  Lepas aku ngan member aku tu tutup blog kami dulu,  aku senyap je dan menjadi pembaca setia blog-blog politik/sosial yang ada kat internet ni.  Apa-apa isu aku dok tahan diri dan akhirnya jadi topik perbincangan kedai kopi aku dan kawan aku.

Tapi lama-lama rasa tak best kalo aku x join perbincangan dalam dunia internet ni.

Aku inform awal-awal, aku pro-kerajaan.  Walaubagaimanapun,  tak semua perangai kerajaan aku setuju.  So sape nak kutuk, kutuklah.  Ada aku peduli??

Aku memang benci Anwar Ibrahim, PAS songsang dan jugak DAP! Tu pendirian aku!

Rosmah aku ada sikit sakit mata, tapi aku tetap support laki Rosmah,  Dato Seri Najib Tun Razak.

Khairy Jamaluddin?? Aku memang tak suka.

So rajin-rajinlah datang jengah blog aku ni ye!