Sunday 18 September 2011

Suara Rakyat Vs Suara Pembangkang

Salam,

Lambat sikit nak komen pasal pemansuhan ISA oleh PM kita baru-baru ini.

Sebagai rakyat biasa yang tidak pernah langsung berniat membuat onar dan kekacauan di muka bumi Malaysia ini,  sudah tentu aku terpinga-pinga dengan pengumuman PM kita sempena Hari Malaysia tempoh hari.

Aku tak faham bila PM kata dia nak jadikan Malaysia sebuah negara demokrasi terbaik.  Apa tak cukup demokrasi ke Malaysia selama ni?  Bagi aku,  biarlah negara kita ni separuh demokrasi atau 90% demokrasi sebab bagi aku sistem demokrasi ini adalah satu sistem ciptaan manusia yang penuh cacat dan cela.  Yang penting negara kita selamat dan maju.

Bagi seorang rakyat yang sememangnya tidak berniat nak buat kacau,  memang kita tak pernah peduli pun pasal ISA ni betul tak?  Aku dengar ramai yang komplen daripada yang setuju.

So aku terpikir,  betulkah pemansuhan ISA ini mengikut suara rakyat,  bukannya suara pembangkang?  Setuju tak bila aku cakap PM kita keliru antara "suara rakyat" dan "suara pembangkang"??

PM pulak cakap akan ada akta baru yang bakal diperkenalkan untuk membendung keganasan.  Tapi aku tak ingat dalam ucapan PM tu,  beliau ada menyebut pasal "isu sensitif".  Keganasan tu satu hal,  tapi macam mana pulak dengan malaun-malaun yang asyik dok berani sentuh pasal isu-isu orang melayu dan agama Islam?

Apa-apa pun aku harap akta baru yang nak gantikan ISA ni lebih baik dan mampu untuk menakutkan para pembuat kacau di negara kita setanding dengan ISA.

-PrinceOfIpoh-

No comments:

Post a Comment