Thursday 15 September 2011

Ipoh Mali Talak Sombong!

Salam..

Aku lupa nak cakap,  kenapa aku letak nama aku as Prince Of Ipoh.

Aku dilahirkan di Ipoh,  bersekolah di Ipoh dari sekolah rendah hingga la menengah.  Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan (IPTA) di Lembah Klang.

Aku ni sayangkan Ipoh ni.  Maklumlah tempat aku membesar.  Keluarga, kawan-kawan pun banyak kat Ipoh.  So lepas aku abes study,  aku cuba juga cari kerja di Ipoh walaupun awek aku (sekarang isteri) berada di Kuala Lumpur.

Amatlah sedih,  sebab di Ipoh memang boleh dikatakan tidak ada peluang pekerjaan untuk aku. Cari punya cari akhirnya aku jumpa juga kerja di Ipoh kat syarikat kecil.  Aku terima juga walaupun gajinya alahai...memang bawah taraf.  Sebab aku nak kerja di Ipoh juga,  aku belasah je.

Bila dah kerja kat situ,  aku mula dah rasa sesak.  Yerlah,  sebagai insan biasa,  aku pun ada impian nak kahwin,  beli kereta dan beli rumah.  Dengan gaji aku sebanyak tu,  macam mustahil aku nak dapat semua tu. Masa tu boleh lah tahan sebab aku tinggal kat rumah bapak aku.

Aku pun terfikir,  macam mana agaknya orang-orang Ipoh boleh buat harta di Ipoh sedangkan gaji standard di Ipoh amatlah rendah.  Lama-lama bila aku renungkan balik,  ramai orang Ipoh,  terutamanya melayu bekerja di sektor kerajaan/awam.  Parents kawan-kawan aku banyak yang kerja sebagai guru dan juga pegawai kerajaan.

Kawan-kawan sebaya aku sendiri kalau tidak kerja kerajaan,  kerja di sektor perbankan dan juga kilang-kilang semi-konduktor di sekitar Ipoh.

Kemudian aku bandingkan dengan situasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.  Kawan-kawan seuniversiti aku dulu banyak yang kerja di syarikat-syarikat swasta yang besar-besar macam Shell,  HP, HSBC, Axxon Mobil dan macam-macam lagi.

Hmmm..aku semak kepala fikir,  kenapa tak ada syarikat-syarikat besar macam ni di Ipoh ye?  Lama-lama aku ambil keputusan,  aku kena berhijrah ke KL.  KL yang memang sedia sesak itu bertambah satu lagi penghuninya iaitu AKU.  Alhamdulillah aku dapat kerja di KL dengan gaji hampir 3 kali ganda gaji aku di Ipoh pada masa itu.

Masa aku kerja di KL,  rupa-rupanya komuniti org Ipoh/Perak di KL ni memang besar.  Sangat ramai orang Ipoh/Perak kat KL ni.  Petanda bahawa Ipoh/Perak kekurangan aktiviti ekonomi.

Banyak juga orang Ipoh yang memendam perasaan nak balik ke Ipoh untuk bekerja namun apakan daya,  apa yang kitorang boleh buat kat Ipoh tu.  Perasaan itu akhirnya dipendam dan sudahnya kerajaan disalahkan atas hal ini.

Apa kerajaan negeri Perak buat untuk bangunkan ekonomi dan sediakan peluang pekerjaan setimpal untuk rakyatnya?  Kami orang-orang Perak di KL ni masih lagi balik mengundi di Ipoh yop!  So,  as a result,  BN Perak kalah semasa PRU-12 tempoh hari!

Tak payah nak salahkan cina, komunis atau DAP,  cari salah sendiri yop!  Setakat jadi kerajaan, sibuk dengan benda-benda yang tak bermanfaat,  memang ko kalah laa!

Lepas BN berjaya "merampas" kembali Perak dari tangan pakatan jahanam pembangkang,  aku tengok DS Zambry macam calon yang agak bagus untuk mengetuai kerajaan negeri.  Beliau pun masih muda,  pernah pula memegang jawatan exco Sains Dan Teknologi masa zaman DS Tajol Rosli dulu.  By right,  mesti banyak idea dan kreatif dalam merencana ekonomi di Perak.

Sekarang sudah beberapa tahun berlalu, aku masih tak nampak perubahan.  Graduan-graduan baru yang berasal dari Perak masih lagi menyesakkan diri di KL ni.  Tak ada juga iklan-iklan kerja untuk graduan-graduan kelihatan di JobsMalaysia mahupun di Jobstreet.com.

Bila aku sembang dengan pemuda UMNO kat Ipoh tu,  tak ada benda lain,  asyik sembang pasal projek.  Kereta pun besar, hidup mewah walaupun jadi Ketua Pemuda tak ada gaji. Tak sedar ke yang Ipoh dah tak ada pemuda?  Pemuda pemudi banyak yang berhijrah, siapa pulak nak jadi pemuda UMNO yop oii?

Aku cabar kerajaan negeri sekarang ini, ada kan inisiatif memanggil semula pekerja-pekerja profesional yang berasal dari Perak di KL balik ke Perak untuk bekerja.  Dengan syarat kerajaan negeri berupaya memanggil pelabur-pelabur,  syarikat-syarikat besar supaya beroperasi di Perak.

Lepas tu tak payah susah-susah jaja isu Mat Sabu,  aku gerenti BN boleh menang besar kat Perak!

-PrinceOfIpoh-

2 comments:

  1. Selamat berjuang bro. Saya dah masukkan link bro ke dalam blog saya. Rajin-rajinlah update blog ok

    ReplyDelete