Friday 23 September 2011

Huk Aloh! Bebalnya Pemikiran Penyokong Pembangkang!

Aku terbaca posting kat blog favourite aku iaitu blog gergasi Parpukari.  Nampaknya memang penyokong pembangkang ni dah bebal.  Semua nak salahkan UMNO.  Kalau boleh anak dia jatuh longkang pun akan disalahkan UMNO sebab UMNO yang buat longkang tu.

Kelakar lah wehhh.  Hampir nak berguling aku gelak.  Macamana agaknya kalau pembangkang dah jadi kerajaan nanti ye?  Kalau apa-apa masalah mesti UMNO juga yang kena.  Mintak dijauhkan la puak ni jadi kerajaan.

Sila baca posting Parpukari tu kat bawah ni : -

Aku jumpa satu mamat ni, bebal nak mampos! Dia punya taksub kat Pakatan Rakyat, membuatkan matanya jadi buta dan kepalanya tersumbat. Puas bertekak-tekak dengan aku. Kalau tengok dengan cara dia pakai celak, mengalahkan mata pelakon Tamil terkenal Sivaji. Ketayap putih atas kepala pula, mengalahkan topi perang Salehuddin Al-Ayubi dalam Kingdom of Heaven. Tapi bila dengar suaranya, macam orang tak beriman.

Aku yang paling tak boleh terima dek akal bila dia kata, Nik Aziz ni sebenarnya agen UMNO dalam PAS. Nik Aziz dah tahu, DAP akan tentang perlaksanaan atau mana-mana cakap tentang hudud, tapi Nik Aziz tetap cakap juga sebab bila dia cakap, keuntungannya akan pergi kepada UMNO. Nik Aziz tahu, PAS tanpa DAP mana boleh hidup.

Dia mula kaitkan teori-teori bangang TULANG BESI. Dalam hati aku, dia ni pengikut TULANG BESI rupa-rupanya. Katanya, Nik Aziz takkanlah tak nampak lagi macam mana fungsi Pakatan Rakyat membolehkan PAS merasai kuasa yang selama ini diorang buru. Tanpa bantuan DAP, PAS hanyalah parti cebisan pinggiran yang serba memualkan dan menjumudkan.

Minta maaf cakaplah... walaupun aku tak pernah berminat dengan Nik Aziz, tapi aku rasa macam nak tempeleng saja kepala mamat ini. Jadah apa dia menghina Nik Aziz sebegitu rupa. Orang tua itu sanggup sesat barat dan menyesatkan ramai manusia semata-mata untuk PAS, alih-alih datang mangkuk harami ni kata Nik Aziz planted UMNO.

Nasib baiklah di khalayak ramai saja membuatkan aku terpaksa tahan sabar. Kalau aku berdua saja dengan dia, mungkin ada orang makan nasi ikut tiub, esok pagi.

Nik Aziz planted UMNO dalam PAS? Hanya sebab Nik Aziz cakap, PAS Kelantan nak laksanakan hudud dan tidak disenangi DAP?

Nampak gayanya PAS memang telah dijajah teruk oleh DAP!!! Lagi mau cakap besar ka?

No comments:

Post a Comment